Most Popular

loading...

Malang Nasib Berpuluh Pelajar Perempuan Digantung Sekolah Kerana Memakai Seluar Ketat.


LOS ANGELES: Berpuluh pelajar perempuan sekolah menengah di negeri Florida berang apabila diancam penggantungan kerana memakai legging (sejenis seluar ketat), yang didakwa pentadbir mengganggu pelajar lain. 

Terbaru, kira-kira 80 pelajar perempuan Sekolah Tinggi Booker T Washington, ditahan pada Khamis kerana memakai seluar berkenaan dan mendakwa diancam akan digantung sekolah jika tidak berubah. 

Pengetua Michael Roberts memberitahu WNRP-AM, ia sekadar menguatkuasakan peraturan kod pakaian yang sedia ada dan masalah komunikasi antara punca berita itu gempar di media sosial. 

Roberts berkata, beliau mengingatkan pelajar mengenai kod pakaian dan meminta guru untuk menghantar pelajar yang melanggar peraturan ke pejabat. 

Malah, pelajar lelaki juga diingatkan untuk tidak memakai seluar dalam gaya yang terlondeh. 

Jelas Roberts, pelajar dibenarkan memakai legging, selagi ia dipakai dengan baju yang panjangnya mencecah hujung jari tangan mereka. Tambahnya, tiada pelajar didenda mahupun digantung setakat ini. 

Satu petisyen bagi memprotes pelaksanaan kod pakaian itu dilancarkan dan kini mendapat 1,619 sokongan. - Agensi

Post a Comment

emo-but-icon

Post Gempak

loading...

Popular Posts

item