Most Popular

loading...

WEDDING PLANNER Terkenal PERKAHWINAN SHAHEIZY SAM Dedahkan TIPS JIMATKAN PERBELANJAAN PERKAHWINAN Untuk Bakal Pengantin . Remaja Sekarang Ni Perlu Tahu Apa Yang Keperluan Dan Kehendak Untuk elak Pembaziran

  WEDDING PLANNER Terkenal PERKAHWINAN SHAHEIZY SAM Dedahkan TIPS JIMATKAN PERBELANJAAN PERKAHWINAN Untuk Bakal Pengantin . Remaja Sekarang Ni Perlu Tahu Apa Yang Keperluan Dan Kehendak Untuk elak Pembaziran



##Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.


##Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.




1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik.


2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik.


3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah.


4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi.


5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan.


6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. U


7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan.


8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir.


9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja.


10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah


11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda.


12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan.


13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara.


14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu.



15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting.


p/s : Diharapkan agar semua akal Raja Sehari dapat menggunakan tips-tips ini untuk panduan masa hadapan.

Post a Comment

emo-but-icon

Post Gempak

loading...

Popular Posts

item